Friday 9 March 2012

Melancong Bersendirian

Melancong seorang diri,bia btl?
mngkin itu kata-kata mereka yang mendengar,apabila anda bercadang untuk melancong seorang diri di tempat yang ingin anda lawati dan jauh beribu-ribu batu dari tempat asal anda..
Jangan risau,oleh kerana malang tidak berbau,ini antara langkah-langkah yang boleh anda ambil sebelum,dan semasa melancong seorang diri...


1-Buat kajian
-kajian apa yang ingin dibuat ni?jika ini kali pertama anda melancong kesana..kaji lah mengenai keadaan di sana,cara hidup,pemakanan,bahasa dan cuaca.


2-Salinan Mykad dan Dokumen penting
-dokumen penting seperti Mykad,pasport,kad kredit dan lain-lain dokumen yang penting harus di buat salinan jika ada masalah seperti kecurian atau dompet tercicir.Ini akan memudahkan anda membuat laporan kehilangan. Beri juga salinan dokumen penting kepada keluarga di rumah atau kepada rakan supaya memudahkan anda.


3-Bawa duit secukupnya
Membawa wang tunai secukupnya amat penting dan tukar separuh darinya kepada matawang negara yang akan anda lawati.


4-Tinggalkan wang plastik anda
-Jangan membawa terlalu banyak kad kredit ke luar negara.Mencukupi sekadar 2 kad kredit mencukupi.Bawa lah kad kredit yang boleh diterima di mana2 dan penggunaan nya meluas.Ia juga dapat mengelakan anda berbelanja secara berlebihan.


5-Ambil insuran perjalanan
-Ada yang menlancong tidak mengambil insuran perjalanan kerana menganggap ia tidak perlu tetapi ia amat penting sekiranya anda terpaksa mendapatkan rawatan di hopital atau klinik.Dengan tukaran wang asing yang tinggi dari negara anda,ini akan meningkatkan perbelajaan tetapi dengan insuran,ia akan menjimatkan.


6-Tinggalkan jejak
-Sebagai pengembara yang mengembara seorng diri,rangka atau rancang perjalanan anda,kemudian berikan salinan jadual perjalanan kepada keluarga atau rakan2 anda agar mereka sentiasa thu pergerakan anda.


7-Jaga diri
-Apabila kita mengembara ke tempat asing atau orang lain,kita hendaklah mengetahui adat dan kesopanan di sana agar perkara yang kita lakukan tidak bertentangan atau menimbulakan kemarahan penduduk tempatan.kita hendaklah sentiasa berhati2..







Tuesday 6 March 2012

Adakah blog ini sampai ke penghujung ?

Blog ni wujud kerana batch SR part 2 kena bua report tentang final camp diorang,sekarang penghujung semester dan dah pun memasuki "study week".
Adakah blog ini akan berkubur begitu sahaja?
Semestinya tidak,sebab dari aku berblog awal2 lagi aku merasa keseronokannya.
Tidak hanya membataskan posting2 mengenai outdoor sahaja,blog ini juga akan memaparkan maklumat-maklumat dan cerita-cerita menarik mengenai aku,dunia2 semasa dan pelbagai lg untuk di kongsi bersama.
Harap semua pembaca akan terus mengikuti blog saya ini.

Wednesday 29 February 2012

Day 1 activity:Trekking & Knotting

TREKKING
PRINCIPAL
-Safety,safety,safety
-respect the nature
OBJECTIVE
-To gain knowledge about the nature
-Improve relationship between hikers
STOP
S-Stop
T-Think
O-Observe
P-Plan
WISEL SIGNAL
1 blow =stop
2 blow = start walk again
6 blow =emergency/danger
3 blow = rescue is coming
* usually the leader will determine when to rest,so he will blow the wisel, or when to start after taking a rest.


FORMATION OF MOVEMENT
-1 files
-2 files
DO AND DON'T WHILE TREKKING
-Try avoid damaging, effect, impacting on the land through which you are travel.
-Leave nothing but a footprint
-take nothing but a photos
-kill nothing but time
-keep nothing but memory
-the guideline for low impact tracking,'leave no trace'movement of first set.
SIGN
-3 stone on top of each one of it mean danger
-arrow made from stone mean you have to follow this route


KNOTTING
Type of rope
-Kernmantel
-Dynamic
* Kern mean core,mantel mean outside(balut tali)
*core Z twist and S twist
Aspect in knotting
-Easy to tight
-Strong
-Easy to untight
How to care
The rope have life expectancy for 2 year but with a tight care and inspection regularly.
We cannot put the rope on the ground because it can damage the core of the rope.
  
Type of knotting
-Reef knot
-Sheet band
-End knot
-Fisherman knot
-Bowline or rescue
-Figure of 8 knot single loop and double loop
-Glove hitch
-Alpine butterfly or double butterfly.

Judgement Day:) Hari Keempat 26 Dec 2011

Hari-hari yang di nantikan pun tiba,hari ini pulau kapas akan melakukan aktiviti trekking dan juga knotting.
pada sebelah pagi selepas bersarapan dan melakukan malaysia cergas.
Peserta mengikut pulau masing-masing melakukan aktiviti yang di jadualkan.
Belajar ikatan amat menyeronokan bersama dengan Cik Suha,
penerangan yang mudah di fahami dan contoh ikatan yang mudah mempercepatkan proses pelajaran.
Kemudian kami di arahkan mengambil PFD (personal floating decive)
kami akan memulakan aktitviti trekking,,bestnya kerana aku dan 2 hari xmandi,peluang untuk mandi..huhu
eh..kata trekking tapi knp ada kaitan ngan mandi..haaa..jom tengak gambar ini..
sebelum apa-apa kena buat water confident dulu
kemudian berenang untuk ke jeti sebelum trekking

ni lah kenikmatan air apabila 2 3 hari xmandi..kesejukan air nya memang best dan menyegarkan..kemudian kami memulakan perjalanan dan melalui beberapa buah kampung,kebun getah dan kebun limau barli..syok kalu dapat petik dan makan bersama 'colek'.



berada di puncak,kami memang kagum dan terpegun dengan keindahan ciptaan Allah s.w.t.
aku tidak pernah berada di atas puncak sebegini dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya.
Selepas itu kami mula bergerak balik dan sekali lagi kena berenang.Aktivit ini cukup menyeronokkan bagi aku.Setibanya kami,kami diberi makan dan menyiapkan diri.Keletihan di atasi dengan keseronokan aktiviti kem ini,xsabar plak untuk aktvt esok nya.
Pada malamnya di adakan perbincangan mengenai apa yang telah kami dapat dari aktiviti masing-masing.
Malangnya pada malam itu,En.Azizul memarahi kami semua menganai buku program yang banyak kesilapan.Buku di koyak,buku di sepak,buku terbang..malam tu kami semua tidur lewat,pukul 4 pagi keran nak betulkan segala isi di dalam buku tersebut.Hasil kerjasama dan saling tolong menolong,kami berjaya menyiapkan nya.


Tuesday 28 February 2012

Judgement Day:) Hari Ketiga 25 Dec 2011

pagi ni,aku bangun lewat sedikit.,letihlah katakan..
pagi ni memang sejuk,aku dapat rasa kesejukan nya hingga ke tulang lah..uhuhuhu
Kami melakukan Malaysia Cergas dan matahari mula menyinarkan kehangatannya.
Lama-lama aku tak merasa sangat kesejukkan nya,tetapi berpeluh adalah.
Selepas itu kami bersarapan pagi,lapar punya pasal,apa sahaja yang ada kami makan.
Kemudian Kak Zila datang ke khemah pusat dan menerangkan tentang amali solat..ehh,silap amali camp craft..
baru aku tahu bahawa tiap-tiap khemah y di dirikan ada kepentingannya.
Seperti khemah pusat penting untuk tempat berkumpul,khemah rawatan,khemah peralatan.
Kak Zila juga memberitahu bahawa sekiranya kem craft tiada,tidak sempurnalah camping itu.
Kemudian Kak Zila menyuruh kami membersihkan sekitar kawasan khemah pusat dan membuat longkang sekiranya hujan.
Pada petang nya pula kami bermain game management iatu mirror dan Squirrel Hunter.
Selepas itu kami menunaikan sembahyang magrib dan isyak sebelum makan.
Kemudian kami di beritahu mengenai aktiviti yang bakal kami jalankan pada esok harinya.
xsabar menantikan aktivit pertama kami,iaitu trekking dan knotting.
selepas itu tidak dibenarkan tidur lagi.Kami di bawa ke satu bukit yang agak lapang dah jauh dari tapak perkhemahan kami,di sini kami di hendaki meluahkan perasaan kami atau tidak kepuasan hati kami,selapas balik ke kem,keadaan memang gelap amat lah,dan terdengar paluan muzik dan alunan nyayian,rupa-rupa ada game lagi yang perlu kami main,ala-ala tresure hunt.dalam kegelapan malam itu kami hanya di benarkan memasang satu lampu sahaja,adoi memang susah lah.Bagaimana pun kami berjaya siapkan kedua terwal,lebih kurang pukul 4 pagi,walau sekejap tidur,tidur lah jgk. apapun rehat secukupnya kerana aktiviti esok sangat memenatkan bagitahu fc yang bertugas.

Life for rent,,,,

Kehidupan kadang-kadang tak seindah yang kita sangka,ada masa nya impian seperti jelas di hadapan kita tetapi sekelip mata ranap begitu sahaja.
Perjalanan ku sebagai seorang yang matang bermula di UiTM Larkin,di sana aku belajar selama 2semester dalam bidang akaun.
Kerana ingin mencari kelebihan dalam sukan,aku telah berpindah ke UiTM Kelantan.Pada semester itu juga aku terpilih menwakili UiTM Kelantan dalam Bola Sepak di ke Kejohanan Karisma di UiTM Seri Iskandar Perak.
Kemudian nya aku mewakili Pasir Putih dalam kejohanan bawah 21,kemaraan sehingga Ahkir sepatutnya membuka pintu aku ke tahap yang lebih tinggi tetapi malangnya kemalangan yang aku alami sewaktu persiapan untuk Karisma 2010 di Shah Alam,membuat aku melupakan segala-segalanya.
Ahkirnya yang di kendong tercicir yang di kejar tak dapat.
ketika itu aku hanya mengejar sukan sahaja sehingga mengabaikan pelajaran,satu pengajaran yang pahit untuk di telan apa ntah lagi di usia muda,.
Walaubagaimana pun aku berterima kasih kepada kedua-dua IbuBapa ku,
Thanks Dad..I never Forget Ur word when we was on the way to hospital.(i still crying when remember u hold and calm me that night)
To my brother,Al-firdaus,sorry because you have to carry the burden alone.
To my friends at Uitm Kelantan,i'll never forget all the thing you have done to me.(korg sahabat aku dunia ahkirat)
To my sayang,thanks you for taking care of me,every time im in pain.
To my brothers and my sisters,im sorry because im not a good example for ur all.
Lastly to my mom,sorry i coz u lot of pain and make u crying.
-Life for Rent,it not belong to you but people  around you-



Di sini aku mengenali jati dri ku..

 PLKN Kem Tegas Mesra Selama Perak Kumpulan 1 2007


Selepas aku menamatkan peperiksaan spm aku pada tahun 2006,aku mendapat berita bahawa aku terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.
Perasaan aku pada masa itu,amat takut kerana banyak cerita yang kem ini ala-ala tentera.Aku ni dah lah jenis tidak berdisplin sangat.


Tapi sebenarnya PLKN ini adalah perintis yang menanam semangat aku untuk meminati perkara-perkara lasak.
Pada waktu paginya adalah kelas CB (character building),di sini aku di ajar untuk bercakap dan bergaul di khalayak ramai.Berkawad pada pukul 230 petang setiap hari adalah perkara biasa,dengan uniform celoreng biru yang tebal.Pada petangnya pula rempuh berhalang yang betul-betul mencabar fizikal.
Aku masih ingat lagi pada hari pertama aku disana dan aku liat untuk bangun serta sembahyang subuh,aku dan beberapa peserta lain telah di denda oleh sarjan dari KAGAT(Kor Agama Angkatan Tentera)
Tetapi perkara yang paling best adalah belajar cara iktiar hidup seperti memasang perangkap,di bawa masuk ke dalam hutan dan merentas paya bakau pada waktu malam.
Membina rakit turut di ajar di sana,membina rakit menggunakan tiub getah adalah pengalaman baru bagi aku.
Di kem ini juga aku di ajar dan dapat merasai pengalaman mencuba "flying fox" dan "abseiling".
Belajar menembak,mengunakkan M-16 juga satu pengalaman yang tidak boleh aku lupakan.
Ahkir sekali,aku di bawa ke kem Tentera Laut Malaysia Lumut.Disini aku berpeluang menaiki salah satu kapal perang milik TUDM..


Sebenarnya Program Latihan Khidmat Negara ini amat bagus untuk golongan remaja kerana banyak ilmu dan pendedahan yang boleh mereka pelajari.
Jangan terkejut apabila aku katakan,sebaik aku keluar dari kem ini aku mencuba nasib dengan TUDM sebagai "PILOT" tapi gagal ujian aeronautic.fuhhh(-.-)..mungkin hari ini aku di kenali sebagai Kapten Faiz Afif dan menpunyai sayap..huhu,.impian dulu2 yang masih boleh dikejar..