Friday 9 March 2012

Melancong Bersendirian

Melancong seorang diri,bia btl?
mngkin itu kata-kata mereka yang mendengar,apabila anda bercadang untuk melancong seorang diri di tempat yang ingin anda lawati dan jauh beribu-ribu batu dari tempat asal anda..
Jangan risau,oleh kerana malang tidak berbau,ini antara langkah-langkah yang boleh anda ambil sebelum,dan semasa melancong seorang diri...


1-Buat kajian
-kajian apa yang ingin dibuat ni?jika ini kali pertama anda melancong kesana..kaji lah mengenai keadaan di sana,cara hidup,pemakanan,bahasa dan cuaca.


2-Salinan Mykad dan Dokumen penting
-dokumen penting seperti Mykad,pasport,kad kredit dan lain-lain dokumen yang penting harus di buat salinan jika ada masalah seperti kecurian atau dompet tercicir.Ini akan memudahkan anda membuat laporan kehilangan. Beri juga salinan dokumen penting kepada keluarga di rumah atau kepada rakan supaya memudahkan anda.


3-Bawa duit secukupnya
Membawa wang tunai secukupnya amat penting dan tukar separuh darinya kepada matawang negara yang akan anda lawati.


4-Tinggalkan wang plastik anda
-Jangan membawa terlalu banyak kad kredit ke luar negara.Mencukupi sekadar 2 kad kredit mencukupi.Bawa lah kad kredit yang boleh diterima di mana2 dan penggunaan nya meluas.Ia juga dapat mengelakan anda berbelanja secara berlebihan.


5-Ambil insuran perjalanan
-Ada yang menlancong tidak mengambil insuran perjalanan kerana menganggap ia tidak perlu tetapi ia amat penting sekiranya anda terpaksa mendapatkan rawatan di hopital atau klinik.Dengan tukaran wang asing yang tinggi dari negara anda,ini akan meningkatkan perbelajaan tetapi dengan insuran,ia akan menjimatkan.


6-Tinggalkan jejak
-Sebagai pengembara yang mengembara seorng diri,rangka atau rancang perjalanan anda,kemudian berikan salinan jadual perjalanan kepada keluarga atau rakan2 anda agar mereka sentiasa thu pergerakan anda.


7-Jaga diri
-Apabila kita mengembara ke tempat asing atau orang lain,kita hendaklah mengetahui adat dan kesopanan di sana agar perkara yang kita lakukan tidak bertentangan atau menimbulakan kemarahan penduduk tempatan.kita hendaklah sentiasa berhati2..







Tuesday 6 March 2012

Adakah blog ini sampai ke penghujung ?

Blog ni wujud kerana batch SR part 2 kena bua report tentang final camp diorang,sekarang penghujung semester dan dah pun memasuki "study week".
Adakah blog ini akan berkubur begitu sahaja?
Semestinya tidak,sebab dari aku berblog awal2 lagi aku merasa keseronokannya.
Tidak hanya membataskan posting2 mengenai outdoor sahaja,blog ini juga akan memaparkan maklumat-maklumat dan cerita-cerita menarik mengenai aku,dunia2 semasa dan pelbagai lg untuk di kongsi bersama.
Harap semua pembaca akan terus mengikuti blog saya ini.

Wednesday 29 February 2012

Day 1 activity:Trekking & Knotting

TREKKING
PRINCIPAL
-Safety,safety,safety
-respect the nature
OBJECTIVE
-To gain knowledge about the nature
-Improve relationship between hikers
STOP
S-Stop
T-Think
O-Observe
P-Plan
WISEL SIGNAL
1 blow =stop
2 blow = start walk again
6 blow =emergency/danger
3 blow = rescue is coming
* usually the leader will determine when to rest,so he will blow the wisel, or when to start after taking a rest.


FORMATION OF MOVEMENT
-1 files
-2 files
DO AND DON'T WHILE TREKKING
-Try avoid damaging, effect, impacting on the land through which you are travel.
-Leave nothing but a footprint
-take nothing but a photos
-kill nothing but time
-keep nothing but memory
-the guideline for low impact tracking,'leave no trace'movement of first set.
SIGN
-3 stone on top of each one of it mean danger
-arrow made from stone mean you have to follow this route


KNOTTING
Type of rope
-Kernmantel
-Dynamic
* Kern mean core,mantel mean outside(balut tali)
*core Z twist and S twist
Aspect in knotting
-Easy to tight
-Strong
-Easy to untight
How to care
The rope have life expectancy for 2 year but with a tight care and inspection regularly.
We cannot put the rope on the ground because it can damage the core of the rope.
  
Type of knotting
-Reef knot
-Sheet band
-End knot
-Fisherman knot
-Bowline or rescue
-Figure of 8 knot single loop and double loop
-Glove hitch
-Alpine butterfly or double butterfly.

Judgement Day:) Hari Keempat 26 Dec 2011

Hari-hari yang di nantikan pun tiba,hari ini pulau kapas akan melakukan aktiviti trekking dan juga knotting.
pada sebelah pagi selepas bersarapan dan melakukan malaysia cergas.
Peserta mengikut pulau masing-masing melakukan aktiviti yang di jadualkan.
Belajar ikatan amat menyeronokan bersama dengan Cik Suha,
penerangan yang mudah di fahami dan contoh ikatan yang mudah mempercepatkan proses pelajaran.
Kemudian kami di arahkan mengambil PFD (personal floating decive)
kami akan memulakan aktitviti trekking,,bestnya kerana aku dan 2 hari xmandi,peluang untuk mandi..huhu
eh..kata trekking tapi knp ada kaitan ngan mandi..haaa..jom tengak gambar ini..
sebelum apa-apa kena buat water confident dulu
kemudian berenang untuk ke jeti sebelum trekking

ni lah kenikmatan air apabila 2 3 hari xmandi..kesejukan air nya memang best dan menyegarkan..kemudian kami memulakan perjalanan dan melalui beberapa buah kampung,kebun getah dan kebun limau barli..syok kalu dapat petik dan makan bersama 'colek'.



berada di puncak,kami memang kagum dan terpegun dengan keindahan ciptaan Allah s.w.t.
aku tidak pernah berada di atas puncak sebegini dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya.
Selepas itu kami mula bergerak balik dan sekali lagi kena berenang.Aktivit ini cukup menyeronokkan bagi aku.Setibanya kami,kami diberi makan dan menyiapkan diri.Keletihan di atasi dengan keseronokan aktiviti kem ini,xsabar plak untuk aktvt esok nya.
Pada malamnya di adakan perbincangan mengenai apa yang telah kami dapat dari aktiviti masing-masing.
Malangnya pada malam itu,En.Azizul memarahi kami semua menganai buku program yang banyak kesilapan.Buku di koyak,buku di sepak,buku terbang..malam tu kami semua tidur lewat,pukul 4 pagi keran nak betulkan segala isi di dalam buku tersebut.Hasil kerjasama dan saling tolong menolong,kami berjaya menyiapkan nya.


Tuesday 28 February 2012

Judgement Day:) Hari Ketiga 25 Dec 2011

pagi ni,aku bangun lewat sedikit.,letihlah katakan..
pagi ni memang sejuk,aku dapat rasa kesejukan nya hingga ke tulang lah..uhuhuhu
Kami melakukan Malaysia Cergas dan matahari mula menyinarkan kehangatannya.
Lama-lama aku tak merasa sangat kesejukkan nya,tetapi berpeluh adalah.
Selepas itu kami bersarapan pagi,lapar punya pasal,apa sahaja yang ada kami makan.
Kemudian Kak Zila datang ke khemah pusat dan menerangkan tentang amali solat..ehh,silap amali camp craft..
baru aku tahu bahawa tiap-tiap khemah y di dirikan ada kepentingannya.
Seperti khemah pusat penting untuk tempat berkumpul,khemah rawatan,khemah peralatan.
Kak Zila juga memberitahu bahawa sekiranya kem craft tiada,tidak sempurnalah camping itu.
Kemudian Kak Zila menyuruh kami membersihkan sekitar kawasan khemah pusat dan membuat longkang sekiranya hujan.
Pada petang nya pula kami bermain game management iatu mirror dan Squirrel Hunter.
Selepas itu kami menunaikan sembahyang magrib dan isyak sebelum makan.
Kemudian kami di beritahu mengenai aktiviti yang bakal kami jalankan pada esok harinya.
xsabar menantikan aktivit pertama kami,iaitu trekking dan knotting.
selepas itu tidak dibenarkan tidur lagi.Kami di bawa ke satu bukit yang agak lapang dah jauh dari tapak perkhemahan kami,di sini kami di hendaki meluahkan perasaan kami atau tidak kepuasan hati kami,selapas balik ke kem,keadaan memang gelap amat lah,dan terdengar paluan muzik dan alunan nyayian,rupa-rupa ada game lagi yang perlu kami main,ala-ala tresure hunt.dalam kegelapan malam itu kami hanya di benarkan memasang satu lampu sahaja,adoi memang susah lah.Bagaimana pun kami berjaya siapkan kedua terwal,lebih kurang pukul 4 pagi,walau sekejap tidur,tidur lah jgk. apapun rehat secukupnya kerana aktiviti esok sangat memenatkan bagitahu fc yang bertugas.

Life for rent,,,,

Kehidupan kadang-kadang tak seindah yang kita sangka,ada masa nya impian seperti jelas di hadapan kita tetapi sekelip mata ranap begitu sahaja.
Perjalanan ku sebagai seorang yang matang bermula di UiTM Larkin,di sana aku belajar selama 2semester dalam bidang akaun.
Kerana ingin mencari kelebihan dalam sukan,aku telah berpindah ke UiTM Kelantan.Pada semester itu juga aku terpilih menwakili UiTM Kelantan dalam Bola Sepak di ke Kejohanan Karisma di UiTM Seri Iskandar Perak.
Kemudian nya aku mewakili Pasir Putih dalam kejohanan bawah 21,kemaraan sehingga Ahkir sepatutnya membuka pintu aku ke tahap yang lebih tinggi tetapi malangnya kemalangan yang aku alami sewaktu persiapan untuk Karisma 2010 di Shah Alam,membuat aku melupakan segala-segalanya.
Ahkirnya yang di kendong tercicir yang di kejar tak dapat.
ketika itu aku hanya mengejar sukan sahaja sehingga mengabaikan pelajaran,satu pengajaran yang pahit untuk di telan apa ntah lagi di usia muda,.
Walaubagaimana pun aku berterima kasih kepada kedua-dua IbuBapa ku,
Thanks Dad..I never Forget Ur word when we was on the way to hospital.(i still crying when remember u hold and calm me that night)
To my brother,Al-firdaus,sorry because you have to carry the burden alone.
To my friends at Uitm Kelantan,i'll never forget all the thing you have done to me.(korg sahabat aku dunia ahkirat)
To my sayang,thanks you for taking care of me,every time im in pain.
To my brothers and my sisters,im sorry because im not a good example for ur all.
Lastly to my mom,sorry i coz u lot of pain and make u crying.
-Life for Rent,it not belong to you but people  around you-



Di sini aku mengenali jati dri ku..

 PLKN Kem Tegas Mesra Selama Perak Kumpulan 1 2007


Selepas aku menamatkan peperiksaan spm aku pada tahun 2006,aku mendapat berita bahawa aku terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.
Perasaan aku pada masa itu,amat takut kerana banyak cerita yang kem ini ala-ala tentera.Aku ni dah lah jenis tidak berdisplin sangat.


Tapi sebenarnya PLKN ini adalah perintis yang menanam semangat aku untuk meminati perkara-perkara lasak.
Pada waktu paginya adalah kelas CB (character building),di sini aku di ajar untuk bercakap dan bergaul di khalayak ramai.Berkawad pada pukul 230 petang setiap hari adalah perkara biasa,dengan uniform celoreng biru yang tebal.Pada petangnya pula rempuh berhalang yang betul-betul mencabar fizikal.
Aku masih ingat lagi pada hari pertama aku disana dan aku liat untuk bangun serta sembahyang subuh,aku dan beberapa peserta lain telah di denda oleh sarjan dari KAGAT(Kor Agama Angkatan Tentera)
Tetapi perkara yang paling best adalah belajar cara iktiar hidup seperti memasang perangkap,di bawa masuk ke dalam hutan dan merentas paya bakau pada waktu malam.
Membina rakit turut di ajar di sana,membina rakit menggunakan tiub getah adalah pengalaman baru bagi aku.
Di kem ini juga aku di ajar dan dapat merasai pengalaman mencuba "flying fox" dan "abseiling".
Belajar menembak,mengunakkan M-16 juga satu pengalaman yang tidak boleh aku lupakan.
Ahkir sekali,aku di bawa ke kem Tentera Laut Malaysia Lumut.Disini aku berpeluang menaiki salah satu kapal perang milik TUDM..


Sebenarnya Program Latihan Khidmat Negara ini amat bagus untuk golongan remaja kerana banyak ilmu dan pendedahan yang boleh mereka pelajari.
Jangan terkejut apabila aku katakan,sebaik aku keluar dari kem ini aku mencuba nasib dengan TUDM sebagai "PILOT" tapi gagal ujian aeronautic.fuhhh(-.-)..mungkin hari ini aku di kenali sebagai Kapten Faiz Afif dan menpunyai sayap..huhu,.impian dulu2 yang masih boleh dikejar..

Monday 27 February 2012

Judgement Day:) Hari kedua 24 Dec 2011

Hari ini aku bangun seawal pukul 5 pagi.
Selepas menyegarkan diri dan mengambil wuduk,aku terus sembahyang subuh.
Kemudian aku bersiap untuk aktiviti seterusnya iaitu Malaysia cergas,aku memang terasa cergasnya di pagi hari apabila melakukan senaman aerobik bersama-sama kawan-kawan baru.
Selepas itu kami pun di beri sarapan pagi.





Selepas itu kami di arahkan menaiki bus mengikut kumpulan bus masing-masing.
Berdebarnya kerana tak sabar untuk mengetahui keadaan kem di sana.Agaknya macam mn lah ya kem di sana.
Setelah sampai,kami berkumpul di jalan masuk sambil menunggu ahli kumpulan yang lain.
                       *aku tersenyum tanda "excited" dan tak sabar untuk memulakan pengembaraan


Apabila sampai di sana ,kami di berikan tugasan masing-masing.Saya bersama Iskandar telah di tugaskan mencari buluh bagi mendirikan rak kayak..cukup mencabar apabila buluh tidak mencukupi,masa yang terhad serta lokasi yang sempit.
Pada malam itu,pertama kali aku makan dalam dulang,memang lain macam lah perasaannya dan aku boleh lihat kawan2 aku yang kelaparan makan tanpa kunyah,terus telan..ada yang berbut air kerana air sangat terhad pada waktu itu.
Kemudian nya kami di kejutkan kandengan pemeriksaan mengejut dan pada ketika itu fasilitator berjaya merampas sekotak rokok tapi tiada siapa yang mengaku..ketika itu juga kami di uji mental dan fizikal,kerana keletihan dan pihak perempuannya terpaksa melakukan "star jump" tanpa henti.
walaubagaimana pun,ahkirnya kami di benarkan tidur tapi dengan amaran yang perkara tersebut tidak henti di situ sahaja.
Dalam hati aku,aku dah tahu permainan mental dah bermula tapi mula2 ni aku rasa macam boleh "give up" jugak kalau berterusan,apa2 pun yang penting guna masa rehat sebaik-baiknya,tidur dulu..esok adalah hari yang lebih mencabar. 

Judgement Day:) Hari pertama 23 Dec 2011

Setelah bersusah payah selama 2 minggu ahkirny hari yang di nantikan telah tiba..huhu..Pada pukul 7.30 pagi kami semua berkumpul di hadapan cafe Ucsa.Selepas memasukkan barang seperti cangkul dan tikar ke dalam bus,kami semua bertolak ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
Kami sampai dalam pukul 1,dan kami sempat menunaikan solat jumaat di sana. Selepas itu kami mengangkat barang dan beg-beg kami ke Kolej Kenanga.
Di sana kami hanya lah lepak sampailah petang sebelum En.Mus memanggil kami semua dan memberitahu serta menasihati kami semua untuk berkerjasama dan mengenali peserta-peserta UiTM Shah Alam..
Aku sebagai Ajk Keselamatan terus mencari Badang,Ajk keselamatan UiTM Shah Alam.
kerja seterusnya kami lakukan adalah mengangkat kayak di stor kayak,masa ni ada masalah sedikit apabila lori yang di tempah tidak dapat membawa 25 unit kayak,tetapi setelah di usaha dan di fikirkan jalan penyelesaiannya,ahkirny kami berjaya.
kemudian kami mengangkat barang-barang lain seperti makanan,parang,khemah ke dalam lori di kolej kenanga.
Dalam pukul 11 mlm,peserta dari Universiti teknologi Mara Jengka pun sampai,
Kemudian fasilitator melakukan "ice breaking" memang seorang pun aku xingat nama penuh mereka kerana terlalu ramai tapi nasib baik mereka ada "nick name"..huhu
Kemudian kami di berikan kumpulan,aku di letakkan dalam kumpulan Pulau Kapas,.
Sebelum tido,kami juda diberikan baju outdoor warna merh dari jengka..
selepas mandi dan menyegarkan badan aku pun tidur..adoi mood memang malas gila dan tak ada perasaan lagi tapi harap hari esok akan menyeronokkan..
                                        Suasana pada malam itu


                                                           

Saturday 25 February 2012

Tumbuhan-tumbuhan boleh di makan-gambar

Tin (Buah Ara)







Serikaya (Sugar Apple or Sweet Shop)
-rasa seperti buah Durian Belanda
Buah Sukun





Terung Pipit 



Petai





Buah Kemunting



 Asam Jawa




Buah Jering




*nak tahu atau uji sama ada beracun atau tidak baca lah post saya sebelum ini http://farlifeforent.blogspot.com/2012/02/ini-anda-perlu-tahucara-cara-mencari.html

Ini anda perlu tahu..cara-cara mencari makanan di dalam hutan (Universal Edibility Test)

Apa yang perlu anda tahu?
bayangkan sekiranya satu hari,anda melancong ke sebuah pulau dan dalam perjalanan ke pulau tersebut,laut bergelora dan kapal anda karam..apabila anda tersedar anda terdampar di sebuah pulau yang anda tidak pasti kedudukannya dan anda berseorangan!
berseorangan??!
jangan panik,ini adalah perkara paling penting,jangan panik sekiranya anda berada dalam situasu tersebut..
Perkara asas untuk terus hidup ialah tempat berlindung,air,api dan makanan.
Tanpa makanan manusia boleh bertahan selama seminggu tetapi sekiranya tersilap makan,anda boleh keracunan dan mati dalam beberapa jam sahaja.
Bagaimana untuk mengetahui makanan atau tumbuhan mana yang anda boleh makan,jom sama-sama kita tengok dan baca langkah-langkah mengenal pasti tumbuhan tersebut:


1-Langkah pertama adalah "bahagi",bahagi kan bahagian tumbuhan kepada lima iaitu akar,batang,daun,buah dan nektarnya. Ini kerana terdapat sesetengah tumbuhan dimana daun ny beracun tetapi tidak buah nya,dan begitu lah sebaliknya.


2-Kedua ialah adalah melihat dan menghidu,sekiranya tumbuhan tersebut berlendir,bergetah atau berair..sekiranya anda menghidu tumbuhan tersebut dan mendapati ada bau buah badam atau buah peach,itu adalah tanda jelas bahawa tumbuhan tersebut mengandungi asid prussic.(http://www.klscout.org/index.php?option=com_content&view=article&id=114&Itemid=218)


3-Secara sentuhan dengan kulit anda,sekiranya tumbuhan tersebut tidak elok untuk kulit anda,maka tidak elok lah untuk perut anda.Cara nya mudah,anda amik sehelai daun dan kemudian gosok kan di bahagian sensitif kulit anda seperti celah ketiak,di lengan atau paha,anda hendaklah mengosoknya selama 15mnt.Sekiranya terdapat ketidakselesaan atau tindak balas maka tumbuhan itu kemungkinan besar beracun.Sekiranya tiada tindak balas yang cepat anda harus menunggu selama 8 jam untuk mendapatkan kepastian.


4-Langkah seterusnya ialah merasa,anda boleh meletakkan tumbuhan di ;

    • Sedikit di bibir
    • Sedikit di tepi mulut
    • Sedikit di hujung lidah
    • Sedikit di bawah lidah
    • Kunyah sedikit                                             

Semua cara di atas sekiranya di uji dan terdapat kegatalan.ketidakselesaan,pedih,rasa tajam,sakit tekak atau gatal maka tumbuhan itu tidak sesuai untuk di makan.Sekiranya berlaku cepat-cepat ludah dan membasuh mulut atau berkumur dengan air yang banyak.


5-Menelan setelah tiada tindak balas,tetapi selepas menelan anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 5 jam untuk memastikan makanan tersebut betul-betul boleh dimakan.Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan,pedih perut,kegatlan maka anda hendak lah memuntahkan ia balik dan meminum air dengan kuantiti yang banyak,anda juga boleh menggunakan arang kerana aranh menyebabkan muntah dan menyerap racun.


6-Memasak membolehkan makanan beracun di makan tetapi anda masih lagi perlu melakukan ujian-ujian di atas untuk memgelakkan keracunan.


*Anda harus mengikut tertib ujian dan masa nya untuk mengelakkan keracunan



Wednesday 22 February 2012

Bilik depan bilik belakang..macam-macam ragam

hahaha..ni aku nk cerita serba sedikit tentang kawan-kawan aku yang bersama-sama melalui susah-payah sewaktu di kem tasik cenderoh perak..
Bilik depan terdapat nya Adib Adnan, Iskandar Zulqarnain dan Luqman..haaa,Adib ni kitaorg panggil jgk dia sebagai Kapten Selangor..knp?sebab kaki kiri dia memang bagus dan tendangan lencong cukup padu..kawalan bola dia cukup bagus..sebagus- bagus dia,dia cukup bagus kerana selalu sembahyang berjemaah bersama dengan Luqman...eh sape Luqman?:Luqman ni org ny xlah tinngi sangat tapi mempunyai tubuh yang agak bidang dan sasa..Luqman..ummm mcm mn saya nk gambarkan yaa..orangnya mempunyai semangat yang bagus,biasalah orang sukan memang mempunyai mentality yang lain dari lain..Luqman cukup bagus dalam pelajaran dan sekarang sedang berusaha memaju kan diri dalam sukan yang di ceburinya,rugby...ahkir sekali,Iskandar...nak eja nama dia memang lah punya susah..aku byk kali hafal dan taip baru betul(sebenarnya tak tahu betul ke x)..Iskandar ni istimewa sikit sebab dia pandai main gitar..kira2 macam artis lah jgk...

Bilik belakang
Bilik belakang ada Ridhwan dan Syed Mukhriz..Ridhwan ni pemain rugby,badan dia tegap-tegap sedikit..dia memang bagus bermain rugby..tapi sayang sewaktu Liga Rugby Pahang,dia mengalami kecederaan di buku lali dan perlu di simen...sekarang menjaga nya ialah Syed,Syed ni umur dia 20 tapi perangai macam umur 17..dia seorang yang kelakar dan kadang-kadang perangai dia cukup pelik dan membuat aku tertawa...ahkir kata,aku tuju kan sebuah lagu tuk kawan2 aku agar kita sentiasa ingat tentang persahabatan ini.....

Monday 20 February 2012

10 perkara anda wajib tahu jika anda pelajar University Kolej Shahputra (UCSA)

FAKTA ATAU AUTA....
1- UCSA boleh di katakan berbilang "kaum" tapi hidup harmoni,sebab ada UPM,UTM,UCSA, dan UITM..eh mcm melayu india cina dan lain2 bangsa tapi kitorg ok je..
2-UCSA adalah satu-satuny University di dunia kot..lecture-lecture melakukan acara 4x100meter..haha..sebab lecture UCSA boleh masuk kelas ajar budak UITM,lecture UPM,UTM pun sama..diorang boleh masuk mengajar mana2 kelas tapi berdasarkan arahan lah..
3-UCSA adalah antara kolej terbaik di MALAYSIA (surat khabar berita harian 19hb feb 2011)
4-Budak nursing UCSA dan UiTM mempunyai bilangan perempuan paling ramai tetapi Sport Studies UiTM mempunyai bilangan perempuan paling sedikit..
5-UCSA satu satu ny kolej di malaysia atau di dunia mempunyai play court di tingkat 2..xpernah dengar lagi mana2 kolej ada playcourt di tingkat 1 atau 2..
6-Tempat makan kesukaan ramai termasuk pensyarah ialah JOM MAKAN,ZAZA IKHLAS dan MA TOMYAM,CASPER,BILLAH..haha
7-Library mempunyai tangga berpusing..masa mula-mula naik memang terasa gayatnya..
8-Kalau nak awek,cari kat MASCOM dan NURSING sebab cantik2 dan nak cari pakwe,cari kat SR 133 sbb dorg body katang semua..haha
9-Hujung minggu kebanyakkan pelajar UCSA, bagi yang berkenderaan akan pergi meluangkan masa di ECM atau pun MEGA..jauh sikit ke teluk cempedak atau cherating..
10-korg tambah lah sendiri atau join kitorg sebagai pelajar di kolej SHAHPUTRA......

*rekaan semata-mata,..hukhuk:)

Hobi aku??

Aku sebenarnya banyak hobi..huhu
tapi yang paling penting hobi aku bermain lah,bahasa yang sedap di dengar bersukan lah..
kerja aku dari dulu lagi bermain je..berbagai jenis sukan aku dah cuba dari bola baling,800M,bola baling,pingpong,bola sepak,futsal badminton dan rugby..
orang tua aku (papa,mama,mek dan tok ayah) dah habis cara lah senang cerita,menasihati aku untuk berhenti main..
ungkapan paling famous "BO LA"(bahasa kelantan)..maksud ny cukup- cukuplah..umur dh tua,main tak dapat apa-apa..
tapi aku selalu percaya yang satu hari nanti aku akan berjaya,...itu dululh....sekarang aku berpijak pada bumi yang nyata..aku sedar sebagus mana pun kadang-kadang ada perkara yang di takdirkan bukan untuk kita..maksudnya xde jodoh lah..

mm..ni satu lgi hobi aku masa aku belajar kat UITM MACHANG dulu,untuk mendapat kan "fitness" dan "strength"..aku selalu berlari dan menlalui tempat ni..apa yang istimewa tentang tempat ni adalah semua orang akan cuba mengelaknya dan waktu-waktu kecemasan sahaja akan melalui nya (dah lewat nak ke kelas)..tapi bagi aku,ni lah laluan untuk aku(kira makanan lah) dan rekod aku adalah 10x turun naik dlm masa sejam..hahaha.,teruk sangat..  


*  Anak tangga ada 159 semua, xsilaplah,last aku kira..

Sunday 5 February 2012

Untuk mereka yang baru nak mengenali "outdoor"


Apa cerita ni?
haa..berita baik untuk para pengemar "outdoor" sekalian yang minat dengan aktiviti lasak atau berkhemah tapi tidak berpengalaman.
Sebelum memulakan sesuatu aktiviti mesti korg nak cari sedikit maklumat kan,seperti apa yang perlu di bawa dan berbagai lagi,dari korg menbelek atau membeli buku yang mahal,korg boleh cuba menbeli buku ini..korg boleh mendapat kan buku ini di 7E(7 eleven).
pe kata korg cuba tgk buku ni..korg akan seronok membaca ny dan tidak jemu tuk membaca berulang kali..
apa yang special tentang buku ni,jom tengak dan "review".





Tajuk : Ikhtiar Hidup Di Pulau 
TandusPengarang : Kang Gyung Hyo & Choi Duk Hee
Penerbit : Gempak Starz
Muka surat : 176 Halaman
Jenis buku : Komik
Harga: RM7.50


Sangat sesuai dibaca oleh semua orang. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah turut sesuai dibaca oleh orang dewasa. Antara maklumat menarik korg dapat dalam buku ini ialah;
- Cara mudah mendirikan khemah
- Mencari air untuk menyelamatkan nyawa
- Teknik memburu
- Cara memancing tanpa joran

Terdapat 8 buah siri ikhtiar hidup dijual di pasaran. Antaranya Ikhtiar Hidup di Amazon, Gurun, Glasier, Siberia, Lautan Bergelora, Savana dan Gunung Berapi.





*tak sangka komik ni berguna sebenarny,time baca dulu sbb adik y beli:)

I, me,myself...

Nama di beri Muhammad Faiz Afif Bin Ruslan
Menuntut di university Kolej Shahputra, Kuatan Pahang.
Ni bab yang paling aku suka,umur aku 23...betul,umur aku 23 (1989)..
kebanyakan y baru mengenali aku mesti terkejut,xpun agak aku br 20,21 tapi 2 lah hakikat..
urrmm..sbb aku babyface kot..hahaha..xde lah,ni mngkin di sbb kan perangai aku yang tak berapa nak mature..huhu
Apa lagi ya nk cerita pasal diri aku ni ya?
urmm..2 jelh kot,y penting,tak kenal maka tak cinta dan sayang lah seseorang kau sayangi sekadarny shj krn mngkin satu hari nnt dia akan menjadi orang paling kau benci...benci lah org yang kau benci sekadarny shj kerana mungkin satu hari nnt dia menjadi orang yang paling kau sayangi:)

ok,ahkir kata saya tinggal kan anda dengan satu pesanan tuk d jadikan renungan buat semua

The world is a vehicle for you. If you drive it, it will deliver you to your destination. If it drives you, you will be destroyed. Hassan Al-Basree

Saturday 4 February 2012

29 Dec 2011

So,what is so special about this day?
Nothing, except it my birthday and guest what?
I forget it my birthday until i was hanging around with my friends, surprise me, that day was 30th DEC..
That time we were busy with camp activities and i was really enjoying it.
I guest i really had a good time and seem forget everything including my own birthday..guest i will not celebrate it,because my family,my girlfriend was not around and thanks God my friend do not know it..fuhhh("-.-) hahaha..   

Saturday 21 January 2012

Hanya Di Mercu

eh..sblum ni aku xtahu pun kwujudan ayu OIAM 2,atau nama sebenar Norayu Damit tapi bila lagu ini di pilih lagu tema "FSR FINAL CAMP TASIK CHENDEROH"..mula2 nyayi mcm ohh jiwang ny n xmenaik kan semangat langsung tapi dgn kreativity peserta smua..wow,adrenalin mula naik ke kepala bila menyayi lagu ni..memang syok habis..so,enjoy lagu n peyanyi lagu asal ny..mempersembahkan ayu OIAM 2,dgn lagu HANYA DI MERCU..........

peralatan untuk perkhemahan

Berkhemah adalah satu aktiviti lasak yang menyeronakkan.
sebelum memulakan sesuatu perkhemahan,seseorg itu hendak lah mengetahui apakah perkara asas y perlu di bawa dan harus ada bagi memudahkan aktiviti perkhemahan.
kita wajib mengetahui permukaan dan keadaan kawasan perkhemahan yang bakal kita terokai, ini kerana berlainan keadaan permukaan bumi akan mnentukan peralatan yg perlu d bawa.
sebagai contoh,skirany perkhemahan di kwasan hutan atau bukit kita mesti mrngetahui bentuk dan jenis khemah y boleh di gunakan.
Antara alatan asas yang perlu di bawa ialah parang,bekas memasak,peta,kompas,bekalan mknan (bergantung kpd tempoh perkhemahan),tali,pemetik api dan pakaian mengikut kesesuain aktiviti yg akan di lakukan.
sebelum berkhemah juga kita hndk lah mlapor kan kpd pihak berkuasa atau menberi tahu keluarga terdekat ttg aktiviti yang bakal kita lakukan agar sekirany sesuatu y tidak di ingini terjadi,tindakakn segera dapat di lakukan.
di bawah adalah link bagi memberi maklumat lebih terperinci sebelum memulakan sesuatu perkhemahan.
enjoy:)

Nilai sekeping biskut

salam..
berakhir sudah perkhemahan outdoor bagi sem 2,sesi 2011/2012.
banyak pengalaman berguna y dapat kita kongsi bersama,ada duka ada tawa dan berbagai lagi emosi yang bermain di benak hati kita.
salah satu pengalaman yg ingin saya kongsi kan adalah mengenai nilai skeping biskut.
bagi mereka yang sekadar menbaca pasti akn tertawa atau hanya mengata kan di dlm hati kecil mrk saya merapu atau mbuang masa.
bagi mereka yg mgalami ny pasti mngerti akn nilai sbenar sekeping biskut.
apakah keistimewaan biskut hingga kan mjadi topik "post" saya hari ini,sedang kn hari ini org mperkatakn mengenai IPhone 4 S,BlackBerry Bold dan berbagai lagi gajet2 y canggih..
lebih dari sgla2 bila tiada lagi mknn untuk d mkn,apabila tubuh sharian tdk mjamah sbarang mknn,skeping biskut akan mjadi cukup bernilai sbgai alas perut..
sepanjang seminggu perkhemahan,sering kali cerita mak dan tok ayah saya bermain d fkran bgaimana swaktu jepun mduduki tanah Melayu (Malaysia), mereka hny mgalas perut dgn ubi dan nyiur (kelapa parut) atau pun nasi y d mkn bersama sdkit garam.sedikit sbnyk saya dpt mgambar kan bgai mn ksusahan y di alami oleh mrk..
betul lah apa y d perkatakan "pengalaman tidak dapat d beli d kedai basikal", anda harus mgalami ny maka anda akan mgetahui ny sdiri..