Friday 9 March 2012

Melancong Bersendirian

Melancong seorang diri,bia btl?
mngkin itu kata-kata mereka yang mendengar,apabila anda bercadang untuk melancong seorang diri di tempat yang ingin anda lawati dan jauh beribu-ribu batu dari tempat asal anda..
Jangan risau,oleh kerana malang tidak berbau,ini antara langkah-langkah yang boleh anda ambil sebelum,dan semasa melancong seorang diri...


1-Buat kajian
-kajian apa yang ingin dibuat ni?jika ini kali pertama anda melancong kesana..kaji lah mengenai keadaan di sana,cara hidup,pemakanan,bahasa dan cuaca.


2-Salinan Mykad dan Dokumen penting
-dokumen penting seperti Mykad,pasport,kad kredit dan lain-lain dokumen yang penting harus di buat salinan jika ada masalah seperti kecurian atau dompet tercicir.Ini akan memudahkan anda membuat laporan kehilangan. Beri juga salinan dokumen penting kepada keluarga di rumah atau kepada rakan supaya memudahkan anda.


3-Bawa duit secukupnya
Membawa wang tunai secukupnya amat penting dan tukar separuh darinya kepada matawang negara yang akan anda lawati.


4-Tinggalkan wang plastik anda
-Jangan membawa terlalu banyak kad kredit ke luar negara.Mencukupi sekadar 2 kad kredit mencukupi.Bawa lah kad kredit yang boleh diterima di mana2 dan penggunaan nya meluas.Ia juga dapat mengelakan anda berbelanja secara berlebihan.


5-Ambil insuran perjalanan
-Ada yang menlancong tidak mengambil insuran perjalanan kerana menganggap ia tidak perlu tetapi ia amat penting sekiranya anda terpaksa mendapatkan rawatan di hopital atau klinik.Dengan tukaran wang asing yang tinggi dari negara anda,ini akan meningkatkan perbelajaan tetapi dengan insuran,ia akan menjimatkan.


6-Tinggalkan jejak
-Sebagai pengembara yang mengembara seorng diri,rangka atau rancang perjalanan anda,kemudian berikan salinan jadual perjalanan kepada keluarga atau rakan2 anda agar mereka sentiasa thu pergerakan anda.


7-Jaga diri
-Apabila kita mengembara ke tempat asing atau orang lain,kita hendaklah mengetahui adat dan kesopanan di sana agar perkara yang kita lakukan tidak bertentangan atau menimbulakan kemarahan penduduk tempatan.kita hendaklah sentiasa berhati2..







No comments: