Tuesday 28 February 2012

Di sini aku mengenali jati dri ku..

 PLKN Kem Tegas Mesra Selama Perak Kumpulan 1 2007


Selepas aku menamatkan peperiksaan spm aku pada tahun 2006,aku mendapat berita bahawa aku terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.
Perasaan aku pada masa itu,amat takut kerana banyak cerita yang kem ini ala-ala tentera.Aku ni dah lah jenis tidak berdisplin sangat.


Tapi sebenarnya PLKN ini adalah perintis yang menanam semangat aku untuk meminati perkara-perkara lasak.
Pada waktu paginya adalah kelas CB (character building),di sini aku di ajar untuk bercakap dan bergaul di khalayak ramai.Berkawad pada pukul 230 petang setiap hari adalah perkara biasa,dengan uniform celoreng biru yang tebal.Pada petangnya pula rempuh berhalang yang betul-betul mencabar fizikal.
Aku masih ingat lagi pada hari pertama aku disana dan aku liat untuk bangun serta sembahyang subuh,aku dan beberapa peserta lain telah di denda oleh sarjan dari KAGAT(Kor Agama Angkatan Tentera)
Tetapi perkara yang paling best adalah belajar cara iktiar hidup seperti memasang perangkap,di bawa masuk ke dalam hutan dan merentas paya bakau pada waktu malam.
Membina rakit turut di ajar di sana,membina rakit menggunakan tiub getah adalah pengalaman baru bagi aku.
Di kem ini juga aku di ajar dan dapat merasai pengalaman mencuba "flying fox" dan "abseiling".
Belajar menembak,mengunakkan M-16 juga satu pengalaman yang tidak boleh aku lupakan.
Ahkir sekali,aku di bawa ke kem Tentera Laut Malaysia Lumut.Disini aku berpeluang menaiki salah satu kapal perang milik TUDM..


Sebenarnya Program Latihan Khidmat Negara ini amat bagus untuk golongan remaja kerana banyak ilmu dan pendedahan yang boleh mereka pelajari.
Jangan terkejut apabila aku katakan,sebaik aku keluar dari kem ini aku mencuba nasib dengan TUDM sebagai "PILOT" tapi gagal ujian aeronautic.fuhhh(-.-)..mungkin hari ini aku di kenali sebagai Kapten Faiz Afif dan menpunyai sayap..huhu,.impian dulu2 yang masih boleh dikejar..

No comments: