Saturday 25 February 2012

Ini anda perlu tahu..cara-cara mencari makanan di dalam hutan (Universal Edibility Test)

Apa yang perlu anda tahu?
bayangkan sekiranya satu hari,anda melancong ke sebuah pulau dan dalam perjalanan ke pulau tersebut,laut bergelora dan kapal anda karam..apabila anda tersedar anda terdampar di sebuah pulau yang anda tidak pasti kedudukannya dan anda berseorangan!
berseorangan??!
jangan panik,ini adalah perkara paling penting,jangan panik sekiranya anda berada dalam situasu tersebut..
Perkara asas untuk terus hidup ialah tempat berlindung,air,api dan makanan.
Tanpa makanan manusia boleh bertahan selama seminggu tetapi sekiranya tersilap makan,anda boleh keracunan dan mati dalam beberapa jam sahaja.
Bagaimana untuk mengetahui makanan atau tumbuhan mana yang anda boleh makan,jom sama-sama kita tengok dan baca langkah-langkah mengenal pasti tumbuhan tersebut:


1-Langkah pertama adalah "bahagi",bahagi kan bahagian tumbuhan kepada lima iaitu akar,batang,daun,buah dan nektarnya. Ini kerana terdapat sesetengah tumbuhan dimana daun ny beracun tetapi tidak buah nya,dan begitu lah sebaliknya.


2-Kedua ialah adalah melihat dan menghidu,sekiranya tumbuhan tersebut berlendir,bergetah atau berair..sekiranya anda menghidu tumbuhan tersebut dan mendapati ada bau buah badam atau buah peach,itu adalah tanda jelas bahawa tumbuhan tersebut mengandungi asid prussic.(http://www.klscout.org/index.php?option=com_content&view=article&id=114&Itemid=218)


3-Secara sentuhan dengan kulit anda,sekiranya tumbuhan tersebut tidak elok untuk kulit anda,maka tidak elok lah untuk perut anda.Cara nya mudah,anda amik sehelai daun dan kemudian gosok kan di bahagian sensitif kulit anda seperti celah ketiak,di lengan atau paha,anda hendaklah mengosoknya selama 15mnt.Sekiranya terdapat ketidakselesaan atau tindak balas maka tumbuhan itu kemungkinan besar beracun.Sekiranya tiada tindak balas yang cepat anda harus menunggu selama 8 jam untuk mendapatkan kepastian.


4-Langkah seterusnya ialah merasa,anda boleh meletakkan tumbuhan di ;

    • Sedikit di bibir
    • Sedikit di tepi mulut
    • Sedikit di hujung lidah
    • Sedikit di bawah lidah
    • Kunyah sedikit                                             

Semua cara di atas sekiranya di uji dan terdapat kegatalan.ketidakselesaan,pedih,rasa tajam,sakit tekak atau gatal maka tumbuhan itu tidak sesuai untuk di makan.Sekiranya berlaku cepat-cepat ludah dan membasuh mulut atau berkumur dengan air yang banyak.


5-Menelan setelah tiada tindak balas,tetapi selepas menelan anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 5 jam untuk memastikan makanan tersebut betul-betul boleh dimakan.Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan,pedih perut,kegatlan maka anda hendak lah memuntahkan ia balik dan meminum air dengan kuantiti yang banyak,anda juga boleh menggunakan arang kerana aranh menyebabkan muntah dan menyerap racun.


6-Memasak membolehkan makanan beracun di makan tetapi anda masih lagi perlu melakukan ujian-ujian di atas untuk memgelakkan keracunan.


*Anda harus mengikut tertib ujian dan masa nya untuk mengelakkan keracunan



No comments: