Monday 27 February 2012

Judgement Day:) Hari kedua 24 Dec 2011

Hari ini aku bangun seawal pukul 5 pagi.
Selepas menyegarkan diri dan mengambil wuduk,aku terus sembahyang subuh.
Kemudian aku bersiap untuk aktiviti seterusnya iaitu Malaysia cergas,aku memang terasa cergasnya di pagi hari apabila melakukan senaman aerobik bersama-sama kawan-kawan baru.
Selepas itu kami pun di beri sarapan pagi.





Selepas itu kami di arahkan menaiki bus mengikut kumpulan bus masing-masing.
Berdebarnya kerana tak sabar untuk mengetahui keadaan kem di sana.Agaknya macam mn lah ya kem di sana.
Setelah sampai,kami berkumpul di jalan masuk sambil menunggu ahli kumpulan yang lain.
                       *aku tersenyum tanda "excited" dan tak sabar untuk memulakan pengembaraan


Apabila sampai di sana ,kami di berikan tugasan masing-masing.Saya bersama Iskandar telah di tugaskan mencari buluh bagi mendirikan rak kayak..cukup mencabar apabila buluh tidak mencukupi,masa yang terhad serta lokasi yang sempit.
Pada malam itu,pertama kali aku makan dalam dulang,memang lain macam lah perasaannya dan aku boleh lihat kawan2 aku yang kelaparan makan tanpa kunyah,terus telan..ada yang berbut air kerana air sangat terhad pada waktu itu.
Kemudian nya kami di kejutkan kandengan pemeriksaan mengejut dan pada ketika itu fasilitator berjaya merampas sekotak rokok tapi tiada siapa yang mengaku..ketika itu juga kami di uji mental dan fizikal,kerana keletihan dan pihak perempuannya terpaksa melakukan "star jump" tanpa henti.
walaubagaimana pun,ahkirnya kami di benarkan tidur tapi dengan amaran yang perkara tersebut tidak henti di situ sahaja.
Dalam hati aku,aku dah tahu permainan mental dah bermula tapi mula2 ni aku rasa macam boleh "give up" jugak kalau berterusan,apa2 pun yang penting guna masa rehat sebaik-baiknya,tidur dulu..esok adalah hari yang lebih mencabar. 

No comments: