Monday 27 February 2012

Judgement Day:) Hari pertama 23 Dec 2011

Setelah bersusah payah selama 2 minggu ahkirny hari yang di nantikan telah tiba..huhu..Pada pukul 7.30 pagi kami semua berkumpul di hadapan cafe Ucsa.Selepas memasukkan barang seperti cangkul dan tikar ke dalam bus,kami semua bertolak ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
Kami sampai dalam pukul 1,dan kami sempat menunaikan solat jumaat di sana. Selepas itu kami mengangkat barang dan beg-beg kami ke Kolej Kenanga.
Di sana kami hanya lah lepak sampailah petang sebelum En.Mus memanggil kami semua dan memberitahu serta menasihati kami semua untuk berkerjasama dan mengenali peserta-peserta UiTM Shah Alam..
Aku sebagai Ajk Keselamatan terus mencari Badang,Ajk keselamatan UiTM Shah Alam.
kerja seterusnya kami lakukan adalah mengangkat kayak di stor kayak,masa ni ada masalah sedikit apabila lori yang di tempah tidak dapat membawa 25 unit kayak,tetapi setelah di usaha dan di fikirkan jalan penyelesaiannya,ahkirny kami berjaya.
kemudian kami mengangkat barang-barang lain seperti makanan,parang,khemah ke dalam lori di kolej kenanga.
Dalam pukul 11 mlm,peserta dari Universiti teknologi Mara Jengka pun sampai,
Kemudian fasilitator melakukan "ice breaking" memang seorang pun aku xingat nama penuh mereka kerana terlalu ramai tapi nasib baik mereka ada "nick name"..huhu
Kemudian kami di berikan kumpulan,aku di letakkan dalam kumpulan Pulau Kapas,.
Sebelum tido,kami juda diberikan baju outdoor warna merh dari jengka..
selepas mandi dan menyegarkan badan aku pun tidur..adoi mood memang malas gila dan tak ada perasaan lagi tapi harap hari esok akan menyeronokkan..
                                        Suasana pada malam itu


                                                           

No comments: